Sunday, May 22, 2011

KP NITE CENTRAL SOUTH 2011

Huh...lama betul tak update blog ni...bukannya apa memang la busy sikit dalam 2 bulan ni. bukan takder idea nak berblogging tapi tak ada masa nak update.

Just to share pada 4 May 2011 yang lepas, stesen petronas ada buat dinner kat AWANA GENTING ... satu stesen hantar 2 wakil. Untuk stesen aku, salah seorangnya aku lah...

Tema untuk dinner tahun ni...DENIM NITE....simple and nice temanya...tak susah nak cari baju..

4 SEKAWAN FROM DIFFERENT STATION

Dinner ni sebenarnya lebih kepada penghargaan untuk krew (staf stesen minyak petronas dipanggil krew ye...)..stesen terbaik dlm pelbagai kategori, krew terbaik dan macam2 lagi la...cabutan bertuah (walaupun aku tak bertuah utk memang handphone tu....) takpe janji kita ENJOY.....

Artis-artis pada malam tu ada Nabil dan Jepp(Sepah), Adira dan Black. Memang mantap la persembahan diaorang....paling aku suka persembahan Black...suara memang power betul...Nabil lawak dia memang menghiburkan...Adira pun best juga.

ME AND NABIL

BLACK SELEPAS TINGGAL SEHELAI BAJU DIA...

Makanan pun best malam tu....but i have to control la beb...coz i'm on diet. Rugi...rugi...

Apa-apa pun dinner kali ni memang paling best sepanjang 3 tahun aku berkhidmat...keep it up. Semoga tahun depan akan bertambah best..Terima kasih pada boss saya yang tiap-tiap tahun pilih saya and tahniah kepada semua committee KP Nite Central South 2011 kerana telah berjaya menganjurkan majlis yang begitu happening...

2 comments: