Sunday, May 22, 2011

KP NITE CENTRAL SOUTH 2011

Huh...lama betul tak update blog ni...bukannya apa memang la busy sikit dalam 2 bulan ni. bukan takder idea nak berblogging tapi tak ada masa nak update.

Just to share pada 4 May 2011 yang lepas, stesen petronas ada buat dinner kat AWANA GENTING ... satu stesen hantar 2 wakil. Untuk stesen aku, salah seorangnya aku lah...

Tema untuk dinner tahun ni...DENIM NITE....simple and nice temanya...tak susah nak cari baju..

4 SEKAWAN FROM DIFFERENT STATION

Dinner ni sebenarnya lebih kepada penghargaan untuk krew (staf stesen minyak petronas dipanggil krew ye...)..stesen terbaik dlm pelbagai kategori, krew terbaik dan macam2 lagi la...cabutan bertuah (walaupun aku tak bertuah utk memang handphone tu....) takpe janji kita ENJOY.....

Artis-artis pada malam tu ada Nabil dan Jepp(Sepah), Adira dan Black. Memang mantap la persembahan diaorang....paling aku suka persembahan Black...suara memang power betul...Nabil lawak dia memang menghiburkan...Adira pun best juga.

ME AND NABIL

BLACK SELEPAS TINGGAL SEHELAI BAJU DIA...

Makanan pun best malam tu....but i have to control la beb...coz i'm on diet. Rugi...rugi...

Apa-apa pun dinner kali ni memang paling best sepanjang 3 tahun aku berkhidmat...keep it up. Semoga tahun depan akan bertambah best..Terima kasih pada boss saya yang tiap-tiap tahun pilih saya and tahniah kepada semua committee KP Nite Central South 2011 kerana telah berjaya menganjurkan majlis yang begitu happening...

Saturday, May 7, 2011

TEAM BUILDING-PETRONAS CENTRAL SOUTH

Lately memang jarang update blog...busy memanjang. Hari ni rasa free sikit. Pada 4hb Mei yang lepas..Stesen-stesen minyak Petronas kawasan Central South telah mengadakan aktiviti team building bertempat di Awana Genting.

Setiap stesen hantar 2 orang wakil untuk mewakili kawasan CS1, CS2, CS3, CS4, CS5, CS6 dan CS7. Aku dari CS4 yang terdiri daripada 20 stesen minyak Petronas iaitu Bdr Tasik Permaisuri,East-West Link,Bt.7,Grand Saga 1,2& 3, Alam Damai,Damai Perdana,Tmn Len Sen,Bdr Tun Hussien Onn 1&2,Bandar Mahkota Cheras,Taman Rakan,Bkt Nanding, Balakong 1&2,Prima Saujana 1&2, Tmn Putra Budiman dan tak ketinggalan Stesen tempat aku bekerja Cheras Perdana.

                                                         THE MUMMY RETURN

Sebanyak 5 games dilakukan untuk menguji semangat berpasukan kami iaitu Terompah Gergasi,Hula Hoop,Helikopter, The Mummy Return dan yang last skali lupa lak nama game ni tapi game ni kita kena sambungkan pelbagai benda yang kita bawa untuk dijadikan sesuatu yang panjang. Group CS4 menang yang terpanjang sekali.

Semangat berpasukan terutama group CS4 amat best sekali. Tak kisahlah yang remaja mahupun mak budak dan bapak budak sekalipun semuanya involve. Tagline pasukan HALUSSS....


                                                SEBAHAGIAN DARIPADA CS4
Setelah selesai diumumkan juara keseluruhan....Juaranya adalah CS4...memang terbaik..dan kemenangan ini milik kami..tak kisahlah baju dan kasut kotor dek lecah kat padang tu..CS4 u all memang best..harap kalau ada aktiviti macam ni lagi, semangat berpasukan kita akan tetap macam ni...HIDUP CS4