Showing posts with label KENANGAN. Show all posts
Showing posts with label KENANGAN. Show all posts

Saturday, May 7, 2011

TEAM BUILDING-PETRONAS CENTRAL SOUTH

Lately memang jarang update blog...busy memanjang. Hari ni rasa free sikit. Pada 4hb Mei yang lepas..Stesen-stesen minyak Petronas kawasan Central South telah mengadakan aktiviti team building bertempat di Awana Genting.

Setiap stesen hantar 2 orang wakil untuk mewakili kawasan CS1, CS2, CS3, CS4, CS5, CS6 dan CS7. Aku dari CS4 yang terdiri daripada 20 stesen minyak Petronas iaitu Bdr Tasik Permaisuri,East-West Link,Bt.7,Grand Saga 1,2& 3, Alam Damai,Damai Perdana,Tmn Len Sen,Bdr Tun Hussien Onn 1&2,Bandar Mahkota Cheras,Taman Rakan,Bkt Nanding, Balakong 1&2,Prima Saujana 1&2, Tmn Putra Budiman dan tak ketinggalan Stesen tempat aku bekerja Cheras Perdana.

                                                         THE MUMMY RETURN

Sebanyak 5 games dilakukan untuk menguji semangat berpasukan kami iaitu Terompah Gergasi,Hula Hoop,Helikopter, The Mummy Return dan yang last skali lupa lak nama game ni tapi game ni kita kena sambungkan pelbagai benda yang kita bawa untuk dijadikan sesuatu yang panjang. Group CS4 menang yang terpanjang sekali.

Semangat berpasukan terutama group CS4 amat best sekali. Tak kisahlah yang remaja mahupun mak budak dan bapak budak sekalipun semuanya involve. Tagline pasukan HALUSSS....


                                                SEBAHAGIAN DARIPADA CS4
Setelah selesai diumumkan juara keseluruhan....Juaranya adalah CS4...memang terbaik..dan kemenangan ini milik kami..tak kisahlah baju dan kasut kotor dek lecah kat padang tu..CS4 u all memang best..harap kalau ada aktiviti macam ni lagi, semangat berpasukan kita akan tetap macam ni...HIDUP CS4

Friday, February 11, 2011

KENANGAN TERINDAH ITM SEGAMAT

SEGAMAT banjir. Bila sebut aje pasal Segamat, teringat kat ITM Segamat (sekarang dah UiTM). Dalam 3 tahun (1995-1998)tu banyak kenangan masa belajar kat sana.Sampai sekarang memang tak lupa kat ITM Segamat, kawan-kawan ex-classmate,ex-roomate and ex-mataharian..

Masa masuk ITM dulu memang fresh after SPM bulan Julai 1995 umur 18 tahun masa tu..datang dengan muka baik-baik and pemalu..masih takut2 coz tak pernah berpisah jauh dari family..hihihi. Masa tu comot lagi, tak pandai la nak bergaya ni.Buat course untuk Diploma in Business Studies(DBS), dapat bilik no 261 wing Matahari, Kolej Mutiara.

Class pertama masa part 1 class yang paling best sekali pada aku tapi class ni terpaksa di pecahkan atas sebab-sebab tertentu. So, masa part 2 kami dah berpecah. Naik part 4 pecah lagi, kali ni ikut pilihan samada pilih arab, mandarin or international biz klu tak silap. Aku amik kelas arab daa..kelas ni kekal sampai part 6.



MASA PART 1 MUKA BAIK MASA NIH..



DAH PART 6..




Tapi dalam banyak2 part tu paling tak leh lupa masa buat ETR part 5. Sumber kami kat KL..so disebabkan aku ni yg tinggal kat KL, aku punya group member Lisz,Maya, Yan and Nurul duduk kat umah aku di Cheras masa nak buat research. Dan yang paling bestnya, aku ni nama aje duduk KL tapi masuk KL pon sesat...hahaha ingat lagi aku bawak diaorang semua jalan kaki pusing2 dalam KL sebab sesat. Ya...ampunnn



GROUP ETR



GIRLS MASA PART 6




Kat Kolej Mutiara pulak aku ada member yang kamceng Yanti, Roza, Ijah, Lisz and Mel. Selalu lepak sama2 (citer benda2 yang remaja suka masa tu lah), outing, benteng, makan sama2 and of coz makanan wajib Maggie..hehehe. Macam perangai masa tu, yelah remaja kan..Kat kolej plak selalu takder air maka becinta la nak gi cari air..klu tak, tak mandi la jawabnye..lokasi pilihan bangunan admin and dewan. Part public phone pulak sanggup beratur tunggu turn(masa tu handphone anak org kaya je pakai lagipun coverage hampeh)..aku antara yang memang kaki public phone..tepon sape tu???..hehehe biarlah jadi kenangan.



MATAHARIAN 1997



Macam-macam kenangan kat sini. Walaupon dah hampir 14 tahun aku tinggalkan ITM Segamat tu dan selepas grad memang tak pernah datang lagi kat sana. Alhamdulillah, grad on time...Lost contact dengan budak ITM tapi since last year dapat contact balik bila aku join facebook. Kenangan dengan kalian semua memang tak dapat aku lupakan. Pahit.manis,suka dan duka kita lalui bersama. ITM Segamat tetap dihati..Sekian.